BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Thursday, October 14, 2010

~MARILAH BERSAMA HPA~

 Blog ini ditujukan kepada semua WARGA UMAT ISLAM, khas bagi yg berusaha untuk menjauhkan diri daripada SYUBHAH dan HARAM, untuk ahli-ahli HPA di bawah komuniti salamHPA dan ahli-ahli HPA lain...

Mudah2an segala info yg ada ini sedikit sebanyak dapat ambil manfaatnya bagi yg baik dan dibiarkan bagi yg tidak baik..

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin bertanya, janganlah segan.. segala pertanyaan, persoalan dan pendapat bolehlah ditanyakan terus pada ainul, semoga wadah ini menjadi medium pengikat ukhuwah kita di sini..

Bagi yang belum mendaftar keahlian HPA, anda amat kami alu2 kan untuk sertai bersama kami dalam memenuhi salah satu tuntutan fardhu kifayah ini dan sama-sama membantu HPA dalam memenuhi pasaran produk untuk Umat Islam dan MENJADI USAHAWAN UNTUK DUNIA DAN JUGA AKHIRAT.. InsyaALLAH..
HPA BOLEH..!!GEMPUR RADIX..!!!!

..::kata2 perjuangan drpd Tn.Hj Ismail::..

Hari ini..
Sedang ainul mendengar tazkirah selesai solat tadi..tiba-tiba terlintas difikiran bila mendengarkan kisah perjuangan para sahabat di zaman Rasulullah saw yang disampaikan oleh penceramah..

Apa yang terlintas, iaitu bagaimana Rasulullah saw telah di hantar ke kawasan pedalaman untuk dibesarkan dengan suasana persekitaran yang baik berbanding di kota Mekah ketika itu..

Daripada itu kita boleh memikirkan bahawa pentingnya dalam kehidupan kita akan suasana kehidupan yang baik dari semua segi..

Tidak terkecuali dari segi makanan dan minumannya dengan melihat kisah Aminah sebagai ibu susuan kepada Rasulullah saw..

Pernah ainul mendengar, peribadi seseorang itu sedikit sebanyak boleh terkesan dengan peribadi pemasak makanannya..
Begitu juga pengasuh dan asuhannya..

Kalau baik budi perkerti dan imannya pemasak itu..sudah tentu dan insyaAllah dapat sedikit kesannya itu pada yang memakan makanannya..

Daripada itu, ainul selalu berhati-hati jika pergi makan di luar seperti gerai-gerai makanan.. Pasti penulis akan melihat tukang masaknya dahulu.. lebih-lebih lagi kalau perempuan..

Adakah dia menutup aurat..?? Jika lelaki mungkin tidak berapa nmpk sangat..
Adakah kebersihannya di jaga..?

Kadang-kadang membimbangkan juga untuk mengetahui si pekedai itu betul-betul menitik beratkan sumber-sumber masakannya seperti ayam..daging..rempah.. dan sebagainya..
Adakah di ambil di pasaraya tanpa mengetahui adakah ayam dan daging itu disembelih mengikut syariat Islam?? Adakah logo halal itu benar-benar sah??

"Mana-mana hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya"
-Riwayat Ibnu Abas-

Adakah mereka ini memikirkannya??
Banyak yang perlu difikirkan...
Mungkin inilah salah satu perjuangan baru bagi kita yang hidup di akhir zaman..
Perjuangan yang inginkan keredhaan dari-Nya tercapai..

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu. iaitu yang halal lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman."
-Surah Al-Maidah ayat 88-


Pada Allah sahaja kita memohon agar diselamatkan diri kita dari terjebak dengan sumber yang Syubhah dan Haram..
Tapi kita perlu berusaha..
Bukan setakat berdoa sahaja..

Ingatlah...

"...di dalam setiap jasad itu ada seketul daging.. apabila daging itu baik.. maka baiklah jasad itu keseluruhannya.. apabila daging itu rosak.. maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.. Ketahuilah daging itu adalah HATI..."
Ainul bukan seorang yang tinggi agama dan teguh imannya..
Tapi seorang yang ingin berusaha selagi termampu untuk menjauhkan diri dari termakan sumber yang Syubhah dan Haram yang boleh memberatkan hati ini tanpa kita sedari untuk melakukan kebaikan apatah lagi mendekatiNya...

Ingatlah..ketenangan yang hakiki hanya bila kita sentiasa beroleh kebaikan dan kesejahteraan dariNya..
Tidak akan sama ketenangan di duniawi yang fana dan penuh tipu dayanya..

Semoga pilihan ainul bersama HPA akan mengurangkan lagi pembelian barangan kehidupan seharian di pasaran luar yang kita tidak berapa tahu dan pasti sucinya.. halalnya.. dan kebaikannya..

Bagaimana mungkin kita boleh menyalahkan kerajaan atau sesiapa jika kita termakan benda yang Syubhah dan Haram sedangkan kesan makanan itu kita yang dapat...?
Hati yang semakin gelap memerlukan usaha kita sendiri untuk menjernihkannya..
Bukan orang lain yang boleh menunaikannya..

Harapan ainul bersama HPA agar sebanyak sedikit dapat membantu HPA mengusahakan lagi pelbagai barangan untuk Umat Islam keseluruhannya dengan mengikut Syariat Islam agar suatu hari nanti suasana Islam menyelubungi kehidupan seharian kita seluruh alam..
Bukan sahaja kita.. malah keluarga kita.. anak-anak kita.. saudara kita.. sahabat kita.. dan semuanya..
amiinn..

Nasihat ainul untuk sahabat semua.. andai tidak ingin bersama HPA..
carilah barangan lain di luar tapi yang penting suci.. halal.. dan baik..
Ingatlah.. di luar sana masih banyak logo halal tapi palsu..
jadi berhati-hatilah..

Bersama HPA bukan bermaksud jadi Ahli begitu sahaja..
Tetapi menjadi ahli kerana membeli produknya yang suci halal dan baik dengan harga yang murah..
Selain.. duit yang kita belanjakan putarannya dalam kegunaan dan kebaikan untuk Umat Islam sendiri..

salam kemaafan atas kekasaran dan kekhilafan di atas tutur bicara..
yang pasti baik itu datang dari Allah swt..
dan yang buruk itu adalah dari penulis sendiri..
salam...



0 TINTAMU:

Post a Comment